fbpx

[VIDEO] Pemandu lori kren TNB maut bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbullah maut di lokasi kejadian selepas lori kren TNB yang dia pandu bertembung treler di Jalan Alor Setar-Sungai Petani di Kota Sarang Semut, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang pemandu lori kren Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut dalam keadaan memilukan apabila kenderaan yang dipandu bertembung dengan sebuah treler di Batu 9 Jalan Alor Setar-Sungai Petani, Kota Sarang Semut, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, mangsa, Hasbullah Mohd. Salleh, 38, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara pemandu treler yang merupakan lelaki berusia 27 tahun, mengalami luka ringan pada kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku ketika lori kren TNB itu dalam perjalanan dari arah Sungai Petani ke Alor Setar manakala treler dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum bahagian kontenanya masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan hadapan lori kren TNB.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori kren disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal mendapati treler tersebut mengalami kerosakan ‘axle brackets’ bahagian belakang sebelah kanan selain tayar belakang sebelah kanan turut pecah sebelum kemalangan berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI