PETALING JAYA – Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans menjadi punca motosikal seorang penghantar makanan (rider) disita pihak berkuasa dalam video tular, baru-baru ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pihaknya mengesahkan berhubungan sitaan terhadap kenderaan milik rider itu.
“Merujuk kepada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan insurans tiada, oleh itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider terlibat kemalangan dan sebagainya.
“Jika berlaku kemalangan (melibatkan) rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak,” katanya dalam satu hantaran, di ruangan komen video tular itu.
Hari ini, Kosmo! melaporkan niat murni seorang lelaki mencari rezeki halal dengan menjadi rider terbantut apabila motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Daily Trafic Report, kelihatan rider berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan JPJ. – KOSMO! ONLINE
@playgame_98 #viral #Fyp ♬ bunyi asal – FansAnime