fbpx

Skuad B-23 sah ke Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALAUPUN tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi terakhir kelayakan, kelmain, skuad B-23 tetap layak ke pusingan akhir selaku naib juara terbaik. - FAM

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara akhirnya sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik.

Kejayaan ini pastinya menjanjikan tahun paling sibuk buat skuad negara selepas pasukan ‘abang’ juga akan beraksi di pusingan akhir Piala Asia, Januari ini.

“Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar, 15 April hingga 3 Mei 2024 selepas berjaya mengisi salah satu daripada empat slot pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dalam saingan kelayakan,” menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Juara bertahan, Arab Saudi mengetuai pasukan lain yang layak ke pusingan akhir diikuti bekas juara 2013, Iraq, Jepun (2016), Uzbekistan (2018) dan Korea Selatan (2020).

Selepas selesai pusingan kelayakan, tiga lagi pasukan yang layak selaku naib juara terbaik adalah Kuwait, Tajikistan dan China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI