fbpx

Sasaran tandas awam Putrajaya ditaraf 4 hingga 5 bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlun bergambar bersama pemenang Anugerah Kategori Taman Rekreasi pada Majlis Anugerah Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Dan Cantik Peringkat Putrajaya 2023 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, hari ini. - Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan sebanyak 100 peratus atau semua tandas awam yang berada di pusat pentadbiran kerajaan menerima penarafan empat hingga lima bintang.

Presidennya, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud berkata, bagi tujuan itu, PPj menjalankan sesi audit penarafan tandas awam melibatkan pelbagai kategori sebanyak dua siri setiap tahun.

Katanya, sesi audit itu mengikut piawaian ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“PPj menganjurkan seminar pengurusan tandas awam bersih kepada pemilik dan penyelia tandas untuk memberi bimbangan dan tunjuk ajar bagaimana membersihkan tandas dengan betul.

“Bagi memantapkan pengetahuan dan pendedahan kepada kaedah pengurusan tandas, bengkel penilaian dan pengauditan kendiri turut diadakan untuk memberi tunjuk ajar cara penilaian tandas kepada wakil premis dan penyelia, sekali gus dilantik sebagai auditor tandas milikannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Putrajaya 2023, di sini hari ini.

Fadlun berkata, melalui audit kendiri, tandas awam mendapat lima bintang layak menyertai pertandingan dianjurkan PPj dan auditor Bahagian Kesihatan Persekitaran akan menjalankan pemeriksaan semula ke atas premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI