fbpx

PH kekal tidak setuju Najib diberi pengampunan – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bercakap Program Power chat dan Pelancaran Rasmi Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 di Putrajaya petang tadi. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, PH kekal dengan pendirian itu, malah tidak pernah mencampuri urusan berkenaan (pengampunan).

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, pengampunan ada prosesnya yang akhirnya ia (keputusan) di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Pendirian kita (PH) jelas, tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Power Chat’ dan Pelancaran Rasmi Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, Najib berhak membuat permohonan untuk diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan), Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Susulan itu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI