fbpx

Pengilang beras setuju tingkat keluaran 20 peratus beras putih tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi libat urus yang dijalankan kementerian bersama pemain industri di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pengilang beras bersetuju meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) atau berjumlah 23,000 metrik tan sebulan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.

Perkara itu dipersetujui bersama dengan pihak pemborong dan peruncit yang turut memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan di bawah Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.

Kementerian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan berkata, PKBPT sedang dilaksanakan melalui dua fasa bermula pada 8 September lalu dan 15 September ini.

“Langkah intervensi ini bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran.

“Dalam masa sama, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut dilibatkan bagi tujuan pengedaran BPT kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya,” katanya hari ini.

Terdahulu, kementerian mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri beras negara bagi membincangkan secara terperinci berkenaan bekalan BPT dan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI).

Turut bersama ialah lima pemborong beras utama serta 11 pasar raya bertaraf hypermarket yang mempunyai rangkaian di seluruh negara.

Pada masa sama, katanya, pemantauan dan penguatkuasaan keseluruhan rantaian PKBPT akan dilakukan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dengan kolaborasi strategik OP JAMIN bersama Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI