fbpx

Mohd. Na’im ucap takziah kejadian banjir besar di Libya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Libya dan seluruh rakyatnya ekoran kejadian banjir besar akibat Ribut Daniel.

Susulan itu, Mohd. Na’im mengajak umat Islam berdoa agar Allah mengurniakan keampunan dan kerahmatan kepada mangsa yang meninggal dunia.

“Semoga Allah mengurniakan kesabaran serta mempermudahkan segala urusan ahli keluarga dan rakyat yang telah terkesan dengan tragedi luar jangka ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian banjir besar itu, lebih 5,000 orang dikhuatiri maut, manakala 10,000 lagi masih hilang selepas dua empangan runtuh di kawasan timur laut Libya.

Lantaran itu, Ketua Majlis Presiden Libya, Mohamed Menfi memohon bantuan antarabangsa untuk menyokong usaha mereka di kawasan dilanda bencana.

Menfi berkata, bandar di timur iaitu Derna, Al-Bayda dan Shahhat adalah antara yang paling teruk terjejas dan beliau menggesa penduduk setempat mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengatasi krisis yang dihadapi.

Ribut Mediterranean, Daniel, yang melanda timur Libya pada Ahad menyebabkan banjir besar yang memusnahkan apa saja dalam laluannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI