fbpx

Melaka tambah bekalan 500 tan beras tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL (kanan) ketika mengetuai operasi Ops Jamin di sebuah pasar raya di Jasin, Melaka, semalam.

MELAKA – Kerajaan negeri menambah bekalan beras tempatan sebanyak 500 tan untuk diedarkan ke semua kedai runcit di seluruh Melaka, bermula Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan bekalan beras mencukupi di setiap daerah di Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) dan syarikat pemborong beras negeri.

“Bermula Sabtu ini, sebanyak 500 tan beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka sehingga akhir bulan ini.

“Insya-Allah, bekalan itu akan cukup untuk keperluan rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Akmal berkata, rakyat yang mempunyai isu dalam mendapatkan bekalan beras tempatan diminta untuk tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI