fbpx

Kecoh lepas potong barisan masuk kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden kekecohan yang berlaku di tapak pembinaan pangsapuri Bukit Tinggi, Klang.

KLANG – Gara-gara memotong barisan, menyebabkan kekecohan berlaku di antara pekerja pembinaan sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, di sini, sehingga tular di laman sosial semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pekerja kontrak binaan warga asing itu sedang beratur untuk memasuki kerja.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi pada Julai lalu.

“Insiden itu berlaku selepas tiga pekerja warga asing telah memotong barisan untuk memasuki kerja sebelum berlakunya pertengkaran mulut.

“Ia kemudiannya berlarutan dengan adegan tolak menolak antara pekerja sebelum dileraikan pengurus tapak pembinaan itu yang berusia 41 tahun,” katanya, hari ini.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut dengan pihak pengurusan telah menyelesaikan masalah tersebut secara dalaman.

Hoong Fong menjelaskan pihaknya juga telah mengenal pasti individu yang telah memuat naik video tersebut dalam aplikasi TikTok yang kemudiannya menjadi tular.

“Individu tersebut menyesali perbuatannya dan kita menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video terbabit bagi mengelakkan kegusaran masyarakat,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 37 saat memaparkan insiden pertengkaran tersebut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI