fbpx

JAIM selamatkan kitab, al-Quran tular bersepah di lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUAT KUASA JAIM mengumpulkan kitab-kitab dan al-Quran yang ditemui di sebuah madrasah tinggal di Merlimau, Melaka.

JASIN – Sejak semalam tular satu klip video di laman sosial TikTok memaparkan berlaku pengabaian kitab-kitab agama dan naskhah suci al-Quran yang dibiarkan bertaburan di atas lantai di sebuah madrasah tinggal di Merlimau dekat sini.

Klip video oleh individu menggunakan akaun RayEIDan Shop itu turut menunjukkan keadaan sekitar bangunan tinggal termasuk ruang solat, bilik simpanan buku, asrama dan dewan kuliah yang rosak teruk dipercayai angkara khianat.

Tinjauan Kosmo! di lokasi bersama sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka bagaimanapun mendapati masih ada kitab-kitab yang berada dalam keadaan baik dan telah kumpulkan untuk diselamatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.

“Saya tidak mahu ulas dahulu kerana ini isu (melibatkan) pertikaian antara dua kumpulan.

“Bagaimanapun JAIM sentiasa memantau rapat isu ini dan ada di lokasi,” katanya ringkas.

Difahamkan, kesemua barangan serta kemudahan pembelajaran yang disediakan di madrasah itu merupakan hasil wakaf daripada orang ramai.

Madrasah tersebut dikatakan dibuka sejak 2008, namun berdepan dengan isu membabitkan pihak pengurusan pada 2018 sehingga menyebabkan pertubuhan institusi itu dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI