fbpx

Himpunan selamatkan Malaysia: Siasatan dibuka babit video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang individu lelaki yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan sempena Hari Malaysia.

KUALA LUMPUR – Polis membuka satu kertas siasatan membabitkan video berkaitan penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di Kompleks Sogo, di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan klip video menerusi laman sosial oleh seorang individu yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, seorang individu lelaki telah mengajak orang ramai menyertai perhimpunan sempena Hari Malaysia dengan mengenakan baju berwarna putih serta bendera Malaysia sebagai tanda sokongan.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kita menerima lima laporan berhubung video itu. Dua individu sudah direkodkan keterangan manakala empat lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terbabit dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI