fbpx

Felipe Massa tuntut kejuaraan dunia 2008

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASSA (kiri) gagal meraih gelaran juara dunia pada 2008 selepas tewas kepada Hamilton dengan hanya perbezaan satu mata. - AFP

RIO DE JANEIRO – Bekas pelumba Formula Satu (F1) dari Brazil, Felipe Massa masih belum mengibarkan bendera putih selepas membawa kes tuntutan gelaran juara dunia edisi 2008 ke mahkamah antarabangsa.

Sebagai rekod, Massa yang ketika itu mewakili pasukan Ferrari tewas kepada Lewis Hamilton dengan perbezaan satu mata dengan menyatakan pengurusan tertinggi F1 berkomplot untuk memastikan gelaran juara dunia menjadi milik pelumba Britain itu.

Kini, Massa berharap dapat sokongan serta kerjasama penuh daripada Hamilton dan tidak terasa hati dengan apa sahaja keputusan daripada pihak mahkamah nanti.

Wakil peguam Massa, Bernardo Viana berkata, Hamilton bakal menjadi saksi penting dalam memastikan impian Massa diiktiraf selaku juara dunia menjadi realiti.

“Saya percaya Hamilton adalah ikon utama sukan F1 ketika ini dan sentiasa mementingkan integriti dalam kalangan pesaing F1. Malah, dia juga diberi pengiktirafan sebagai rakyat kehormat Brazil sebelum ini.

“Oleh itu, saya harap dia tidak mempunyai masalah untuk menyokong kes yang kami cuba lakukan demi menegakkan kebenaran ke atas skandal dalam kalangan pihak pengurusan tertinggi F1 ketika itu.

“Secara jujur, kami tidak ada isu dengan Hamilton dan buat masa ini, kita hanya menunggu respons daripada pihak tertuduh sebelum kes perbicaraan dapat dijalankan selewatnya bulan depan,” katanya.

Sebelum ini Massa telah mengesahkan wang bukanlah perkara utama tuntutannya sebaliknya mahu semua pihak bersikap lebih telus dalam penganjuran mana-mana kejohanan sukan antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI