fbpx

Dewan Rakyat: ‘Reformati’, ‘tatakelaut’ – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan ungkapan ‘reformati’ dan ‘tatakelaut’ ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, mendakwa ungkapan ‘reformati’ adalah bagi mengantikan perkataan reformasi untuk kerajaan yang tidak adil kepada negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Di mana janji untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri?,” kata Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh.

Beliau berkata, salah satu anjakan besar pada kajian separuh penggal yang dibentangkan tentang strategi untuk memperkukuh tatakelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Menurutnya, beliau memandang baik perkara tersebut, namun dalam masa sama berasa sangsi dengan kemampuan kerajaan untuk melaksanakan apa yang dikata.

“Tatakelola katanya sudah jadi ‘tatakelaut’. Tak sampai setahun jadi kerajaan, janji-janji reformasi yang dicadang sepanjang lebih 20 tahun dahulu sudah jadi ‘reformati’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI