fbpx

Boling padang layak kembali ke Program Podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILAH (kanan) dan Aleena muncul juara dunia, sekali gus membuka peluang sukan boling padang untuk kembali disenaraikan dalam Program Podium.

KEJAYAAN gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi bergelar juara dunia memberi nafas baharu buat sukan boling padang untuk kembali ke Program Podium.

Ain Nabilah, 25, dan Aleena, 24, memenangi pingat emas acara pairs wanita pada Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 di Gold Coast, Australia Sabtu lalu, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun Malaysia.

Kejayaan bersejarah itu membolehkan mereka berdua menerima insentif bernilai RM40,000 seorang menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz tanpa berselindung mengakui, pencapaian gemilang itu memberikan keyakinan tambahan agar sukan boling padang kembali ke dalam Program Podium.

“Kita mempunyai potensi untuk sapu bersih (pingat) pada Sukan SEA kerana kita antara penyumbang banyak pingat kepada kontinjen. Kita jangkakan boling padang dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025.

“Kita juga sudah berbincang dengan Thailand dan mereka berkeyakinan tinggi. Sebabnya tahun depan mereka akan anjur Kejohanan Asia, jadi fasiliti sudah ada untuk dilaksanakan pada Sukan SEA.

“Jadi, amat penting untuk kita kembali ke Program Podium kerana struktur sistem sokongan yang sangat baik,” katanya pada majlis sambutan kepulangan skuad boling padang negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI