fbpx

Acha Septriasa sudah penat, lelah berlakon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACHA SEPTRIASA

PELAKON Acha Septriasa yang kini menetap di Australia membuat keputusan sukar iaitu akan memperlahankan kerjaya seninya.

Acha yang baru selesai penggambaran filem Aku Tahu Kapan Kamu Mati 2 itu berkata, keputusan tersebut disebabkan masa yang panjang yang perlu dihabiskan untuk berulang-alik dari Australia ke Jakarta.

“Kelmarin saya sudah berjanji dengan keluarga untuk kurangkan aktiviti seni di Jakarta. Jadi tahun depan mungkin tidak banyak tawaran yang saya ambil.

“Perjalanan terlalu panjang dan melelahkan. Tahun depan mungkin ambil satu sahaja tawaran filem sudah cukup,” ujarnya.

Acha berkata, keputusan berat itu diambil setelah berbincang dan demi kebaikan suami dan anaknya yang sedang membesar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI