fbpx

457 anggota polis dikerah pastikan Hari Malaysia 2023 lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Azman bercakap pada sidang media Op Hari Malaysia 2023 di IPK Sarawak, hari ini.

KUCHING – Risikan keselamatan dan pelan tindakan berhubung perkara di luar jangkaan adalah antara persiapan yang dibuat Polis Sarawak bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sambutan Hari Malaysia 2023 peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 16 September ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, selain itu aspek penugasan turut menumpukan kawalan keselamatan ke atas orang kenamaan (VVIP) dan orang ramai serta kawalan lalu lintas.

“Secara keseluruhan, seramai 457 anggota polis terdiri daripada 41 pegawai dan 416 anggota polis Sarawak dikerahkan dan bersiap siaga untuk menjalankan tugas bagi memastikan kelancaran sambutan Hari Malaysia 2023 peringkat kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Mohd Azman menegaskan penerbangan dron adalah dilarang sama sekali di ruang udara tapak sambutan di Stadium Perpaduan pada 16 September mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam atas aspek keselamatan kecuali yang dibenarkan pihak berkuasa.

Pada tahun ini, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 7 malam dan acara rasmi bermula pada pukul 8.30 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI