KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mewajibkan semua 222 Ahli Parlimen untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Menurut beliau, pemeriksaan kesihatan itu diwajibkan selepas mengambil kira beberapa insiden Ahli Parlimen ‘tumbang’ ketika berkhidmat kepada rakyat.
“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan ahli yang berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat. Malahan, terdapat kes yang menyebabkan kematian.
“Saya telah mengarahkan pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat ke atas semua ahli-ahli Dewan Rakyat bagi memastikan pemantauan kesihatan yang berterusan dibuat,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan sidang khas perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat, di sini hari ini. – KOSMO! ONLIN