fbpx

Trak pikap bawa 1,349 peket minyak masak seludup terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak pikap yang dipandu penyeludup terbalik di Kampung Gaung, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN KPDN

PASIR MAS – Cubaan seorang penyeludup untuk melarikan diri semasa membawa sebanyak 1,349 peket minyak masak bersubsidi di dalam sebuah trak pikap gagal apabila kenderaan dipandunya terbalik selepas dikejar anggota penguat kuasa sejauh 50 kilometer di Kampung Gaung di sini semalam.

Trak pikap jenis Mitsubishi Pajero yang dipandu seorang penyeludup berusia 29 tahun itu terbalik semasa melalui kawasan selekoh berhampiran persimpangan lampu isyarat di kampung tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota penguat kuasa mengesan trak tersebut yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Selising, Pasir Puteh kira-kira pukul 8 malam.

Menurutnya, menyedari kenderaan anggota penguat kuasa mengekorinya, suspek bertindak memecut laju kenderaan tersebut melalui jalan Kok Lanas-Kemubu-Pendek menghala ke Pasir Mas.

“Selepas dikejar sejauh 50 kilometer, trak pikap itu kawalan semasa melalui selekoh berhampiran lampu isyarat di Kampung Gaung sebelum terbabas dan terbalik di laluan bersebelahan.

“Anggota penguat kuasa KPDN bertindak menahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui sebanyak 1,349 peket minyak masak bersubsidi berjumlah RM3,372 yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI