fbpx

Tahun cemerlang Grand Slam Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC meraih gelaran Grand Slam ketiganya tahun ini ketika menewaskan Medvedev pada aksi final Terbuka AS awal pagi semalam. - AFP

NEW YORK – Pemain No. 2 dunia, Novak Djokovic melebarkan rekod 24 kemenangan Grand Slam selepas muncul juara pada kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) menewaskan pemain Russia, Daniil Medvedev awal pagi semalam.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe itu, Djokovic dipaksa bermandi peluh sebelum memastikan kemenangan 6-3, 7-6, 6-3 ke atas Medvedev dalam tempoh 3 jam 17 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemain Serbia itu berjaya memenangi tiga kejohanan Grand Slam musim ini apabila turut menjuarai Terbuka Australia dan Terbuka Perancis, manakala aksi di Wimbledon menyaksikan dia sekadar naib juara.

“Mungkin ia akan ambil masa untuk saya menyesuaikan diri. Ketika dia (Medvedev) gagal melakukan pukulan terakhir, saya cukup lega kerana sudah kepenatan dan hanya fikir untuk tamatkan perlawanan.

“Saya fikir aksi di set kedua adalah perlawanan paling lama yang saya hadapi seumur hidup, saya tahu dia tidak akan mudah mengalah. Bagi saya, dia adalah pemain yang lebih baik di set kedua,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menganggap kemenangan tersebut hampir melengkapkan tahun impiannya meskipun tidak dapat menyapu bersih kesemua kejohanan Grand Slam apabila sekadar naib juara di Wimbledon.

“Saya sangat bangga kerana ini adalah tahun impian memandangkan saya menang tiga daripada empat Grand Slam. Hari ini (semalam) saya bermain lebih agresif kerana itu satu-satunya cara untuk menewaskan Daniil (Medvedev),” ujar Djokovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN