fbpx

SK Seri Permai dinobat tiga Sekolah Terbaik Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Sabarullah (tengah) meraikan kejayaan bersama guru dan murid-murid SK Seri Permai, hari ini.

GEORGE TOWN – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan antara tiga Sekolah Terbaik Dunia dalam Pertandingan World Best School Prizes (WBSP) bagi Kategori Inovasi.

Kemengan itu diperoleh menerusi inovasi Smart n Easy Table 2.0 (SnET).

Pengumuman tersebut dibuat pada pukul 2 petang tadi oleh organisasi pendidikan global, T4 Education yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Kejayaan itu turut disambut dengan tepukan gemuruh oleh guru-guru dan murid-murid SK Seri Permai serta jemputan yang hadir.

Selain SK Seri Permai, dua lagi finalis adalah Crimson Global Academy New Zealand dan The Riverside School India.

Mohamad (dua dari kiri) ketika hadir meraikan kejayaan SK Seri Permai yang dinobat 3tiga Sekolah Terbaik Dunia, petang tadi.

SnET 2.0 merupakan inovasi meja dan ruang simpanan buku yang membantu mengatasi isu masalah beg sekolah berat di sekolah itu. Ia merupakan hasil inovasi Guru Besar, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail.

Mohammad Sabarullah berkata, ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat sekolah berkenaan menerusi hasil inovasi SnET 2.0.

“Kami bersyukur atas kejayaan yang dilakar hari ini apabila diumum 3 Terbaik Dunia ini setelah berdepan pelbagai rintangan untuk mengecapinya.

“Saya harap inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh murid dalam negara kita. Ini merupakan inovasi yang paling praktikal untuk mengatasi masalah beg berat ke sekolah,” katanya kepada pemberita hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri l Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif T4 Education, Vikas Pota memberitahu, tujuan utama WBSP adalah untuk meraikan sekolah yang mana guru besar, guru-guru dan masyarakat menunjukkan kepimpinan yang dapat dicontohi, budaya memimpin dan berinovatif bagi meningkatkan pendidikan murid.

“Sekolah ini mempunyai kepakaran dan amalan yang memberi inspirasi kepada sekolah lain dan komuniti di seluruh dunia.

“SnET 2.0 merupakan pencapaian yang terbaik yang mana mereka patut diberikan pengiktirafan yang tinggi. Sekolah ini bukan sahaja bertanding untuk memenangi AS$50,000 (RM233,850) dalam World’s Best School Prizes 2023 kategori inovasi malah mereka ambil bahagian dalam Undian Awam untuk Anugerah Pilihan Komuniti,” jelasnya.

Lima pemenang WBSP 2023 menerusi keputusan Akademi Juri dan pemenang utama Anugerah Pilihan Komuniti ditentukan oleh undian orang awam yang diumumkan secara dalam talian pada 4 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI