fbpx

Ruhainies dikecam ‘terbelanja’ lurah dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Ruhainies tersilap memilih baju bahagian dalam yang tidak dapat menutup sepenuhnya dada.

PETALING JAYA – Dikecam berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya, pelakon Ruhainies enggan menyalahkan sesiapa selain diri sendiri yang tidak peka tentang busana digayakan dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Jelas pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, perkara tersebut tercetus apabila dia tersilap memilih baju bahagian dalam yang tidak dapat menutup sepenuhnya dada.

“Saya tidak salahkan stylist mahupun baju tersebut, pada asalnya persalinan itu biasa , cantik dan sopan malah menutupi seluruh bahagian tubuh saya kecuali dada.

“Saya ada beli ‘inner’ (baju bahagian dalam) cuma malangnya tak perasaan inner tersebut tidak tutup sepenuhnya bahagian dada.

“Silap saya sebab tidak cuba lebih awal kerana masa sangat suntuk dan tiada pilihan, jadi saya buat keputusan untuk pakai namun tutup dengan blazer dan tangan pada bahagian dada ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, aktres berusia 31 tahun itu berkata, dia sendiri tidak selesa dengan penampilan tersebut dan bertindak membeli pakaian alas dalam lain bagi menutupi bahagian terdedah.

“Sampai sahaja di majlis itu saya sendiri rasa tidak selesa dan terus beli inner lain dan tukar, kiranya sekejap sahaja bahagian dada saya terdedah.

“Saya belum bertudung, isu seksi bukan benda baharu, mungkin sebelum ini peminat melihat saya selalu tampil sopan sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.

Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat aktres berusia 31 tahun itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.

“Nampak tak selesa dia pakai baju itu. Sudah pakai baju sebegitu tetapi hendak sorok-sorok pula, sengaja ke? Mahukan perhatian?,” demikian komen netizen itu. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI