fbpx

Raymond Goh meninggal dunia dalam tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYMOND GOH meninggal dunia pada pukul 10.40 pagi tadi.

PETALING JAYA – Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Berota duka tersebut dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan sebekum dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selewat-lewatnya petang ini.

“Raymond meninggal dunia dalam keadaan tenang,” tulis Faridah dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI