fbpx

Pasar raya putus bekalan beras, Melaka tubuh jawatankuasa khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. AKMAL (tiga dari kanan) ketika membuat pemeriksaan Ops Jamin di sebuah paar raya di Jasin, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

JASIN – Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi menangani isu kekurangan beras tempatan yang didakwa berlaku di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, satu mesyuarat akan diadakan esok membabitkan dua agensi utama iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka dan Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) negeri.

Menurutnya, pertemuan itu nanti akan merangkumi perbincangan untuk mewujudkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi isu berkenaan dan memantau pergerakan keluar dan masuk bekalan beras tempatan.

“Saya tidak menafikan (mungkin) berlakunya kegiatan menyorok beras tempatan di negeri ini, namun tindakan tidak dapat dibuat kerana kita tidak mempunyai bukti kukuh.

“Kita dapat laporan daripada sebuah pasar raya di Jasin hari ini memberitahu mereka tidak mendapat bekalan beras tempatan dan kali terakhir memperolehnya adalah pada 5 September lalu.

“Justeru mesyuarat esok dengan agensi terlibat adalah bagi membincangkan data kemasukan beras tempatan ke Melaka dan dihantar ke mana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhamad Akmal berkata, bermula 15 September ini, tiga buah syarikat pengilang beras juga akan dilantik untuk pembungkusan semula beras tempatan sebagai salah satu langkah memastikan bekalan mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI