fbpx

Pahang Rangers juara Piala Futsal Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Pahang Rangers ceria menjulang trofi kejuaraan selepas menjuarai Piala Futsal Malaysia pada aksi final di Stadium Melawati kelmarin. – PAHANG RANGERS

SEMANGAT pahlawan Melayu, Mat Kilau seakan meresap ke dalam diri pemain Pahang ­Rangers untuk mengesahkan trofi kedua musim ini apabila menjuarai Piala Futsal Malaysia kelmarin.

Pada aksi final di Stadium Melawati kelmarin, Johor Darul Ta’zim (JDT) seakan berada di ambang kemenangan, namun Pahang Rangers mempamer kebangkitan untuk mengikat lawan 4-4 sebelum menoktahkan kemenangan 3-1 pada penentuan penalti.

Ketua jurulatih Pahang ­Rangers, Gerard Casas berkata beliau begitu kagum dengan semangat juang anak-anak buah­nya yang kekal bermotivasi untuk menyamakan kedudukan bagi mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti.

“JDT adalah pasukan yang bagus kerana mereka harungi musim dengan baik. Ia adalah perlawanan yang hebat dan suasana sokongan juga cukup luar biasa.

“Kami ketinggalan, namun pemain masih yakin mampu untuk bangkit. Pasukan kami terus berjuang tanpa kenal putus asa, ­seperti yang diperkatakan ‘semangat Mat Kilau’,” katanya.

Penjaga gol Pahang Rangers, Zainulzahin Sinuan muncul wira dengan tiga pemain JDT, Mohd. Firdaus Ambiah, Saad Abdul Sani dan Azwann Ismail gagal menyudah peluang masing-masing.

Bulan lepas, Pahang Rangers sudah pun menjuarai Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) edisi 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI