fbpx

Motosikal ditunggang warga Bangladesh sah milik anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki warga asing ditahan orang awam kerana memandu tanpa lesen sah.

SEPANG – Video tular memaparkan seorang lelaki warga Bangladesh yang mendakwa mengaku membeli motosikal daripada seorang anggota polis akhirnya terjawab.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, beliau mengesahkan motosikal itu milik anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini.

Bagaimanapun, katanya, semakan mendapati pemilik motosikal itu telah menghantar kenderaan itu untuk dibaiki di sebuah kedai.

“Akibat terlalu lama tidak diambil di kedai itu, warga asing itu kemudian meminta untuk membeli motosikal itu dan pemiliknya bersetuju untuk menjualnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihak telah mengeluarkan saman kepada lelaki itu atas kesalahan menunggang tanpa lesen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI