fbpx

Padah angkut PATI, lima pemandu e-hailing didenda RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA tertuduh dikenakan hukuman denda antara RM5,000 sehingga RM10,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam kenderaan masing-masing, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Taufiq Md. Isa, 30, Syed Salim Syed Anuar, 34, Muhammad Hafiz Rudi, 35, Mohd. Fhairul Arifin Shaharudin, 39, dan Shahrulnizam Abu Hanafi, 46, mengaku bersalah atas  pertuduhan selepas dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini.

Di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim, masing-masing didakwa membenarkan dua dan seorang PATI warga Indonesia berada dalam kenderaan mereka.

Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Mohd. Ismail Sabri, Mohd. Fhairul Arifin dan Shahrulnizam didapati membenarkan seorang PATI serta dua PATI berada dalam kenderaan Mohd. Taufiq.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara pukul 12 tengah hari hingga 11 malam di pesisir Pantai Klebang dan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh pada 14 Ogos 2023.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhamad Nazrin Ali Rahim mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh selain dapat memberi peringatan kepada masyarakat yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Peguam Omar Zulkarnain dan Datuk Hanif Hassan merayu hukuman ringan berbentuk denda selain kesemua tertuduh telah insaf.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 kepada Mohd. Taufiq dan Muhammad Hafiz, manakala Syed Salim, Mohd. Fhairul Arifin dan Shahrulnizam pula didenda RM5,000 seorang.

Mahkamah turut mengarahkan telefon, anak kunci dan kereta yang didaftarkan atas nama isteri Muhammad Hafiz dan kakak Syed Salim dikembalikan kepada tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI