fbpx

Kes rosak palang Awal selesai, pengadu tarik balik kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal (kiri) dan peguamnya bergambar bersama selepas prosiding kes hari ini. Foto Instagram Awal.

PETALING JAYA – Pihak pendakwaan dalam kes Awal Ashaari yang didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara tahun telah menarik balik pertuduhan terhadap selebriti itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, ketika dihubungi di sini.

Menurut peguam itu, penarikan kes itu berikutan pihak pengadu telah membuat laporan polis untuk menarik balik kes terhadap anak guamnya.

“Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporan polis terhadap Awal kerana perkara itu telah diselesaikan. Oleh itu, pendakwa raya menarik balik pertuduhan dan mahkamah telah menggugurkan pertuduhan dihadapi anak guam saya,” kata peguam itu.

Ketika prosiding, kes berlangsung di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.

Pada 17 Mei tahun lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu 2022.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di laman Instagram milik personaliti itu, Awal memuat naik gambar bersama peguamnya dan hantaran yang menyatakan kes dihadapinya telah selesai.

“Alhamdulillah, hari yang baik buat kami semua. Setelah sekian lama, kes saya telah selesai kerana pertuduhan terhadap saya telah ditarik balik di mahkamah ini pagi ini. Terima kasih semua, semoga Allah merahmati kita semua. Kepada (peguam saya) Datuk M Reza, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI