fbpx

Kembara Merdeka Desa Madani 2023 Kemas rentas lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 45 peserta menyertai konvoi Kembara Merdeka Desa Madani 2023 dari Pulau Pinang yang bermula hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini dimeriahkan dengan aktiviti jelajah berkonvoi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) merentasi lima negeri bagi menyemarakkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan komuniti kawasan luar bandar.

Pengarah Kemas Negeri, Kamarul Bahari Mohd. Salleh berkata, konvoi anjuran Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) itu membabitkan perjalanan bukan lebuh raya di sekitar Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Gemilang, Putrajaya.

“Konvoi ini akan berakhir di Putrajaya yang mana penutupnya akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri KKDW di Dataran Gemilang, Putrajaya.

“Kita jangkakan keseluruhan peserta konvoi di Putrajaya kelak akan ada sebanyak 200 motosikal yang akan bersama-sama dalam majlis penutup itu nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Kamarul Bahari turut menyempurnakan acara pelepasan peserta konvoi yang diwakili oleh 45 orang peserta dari Pulau Pinang di Wisma Persekutuan, Kepala Batas di sini yang jugal dihadiri Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie dan Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, Noriemie Ismail.

Kamarul Bahari menambah, kembara berkonsepkan konvoi berkenderaan yang membawa Jalur Gemilang menuju ke lokasi premis Kemas yang ditetapkan akan melalui laluan bukan lebuh raya yang lebih menjurus kepada lokasi luar bandar di beberapa kampung terpilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI