fbpx

Isu agama, persepsi negatif faktor penderma organ di Kelantan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (empat dari kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada waris penderma organ pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di HRPZ II, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

KOTA BHARU – Isu agama dan persepsi atau tanggapan negatif terhadap perbuatan menderma organ dalam kalangan masyarakat menjadi salah satu faktor yang menyebabkan peratusan pendermaan organ di Kelantan rendah berbanding negeri lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, berdasarkan statistik, hanya tiga individu yang tampil untuk menderma organ di negeri ini dalam tempoh 47 tahun iaitu bermula tahun 1976 sehingga Ogos lalu.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, kadar pendermaan organ hanya mencatatkan 0.01 peratus sahaja daripada tiga juta populasi penduduk di Kelantan.

“Setakat ini, kadar pengikrar derma organ di Kelantan adalah 0.4 peratus iaitu seramai 7,500. Jumlah itu merupakan satu angka yang terlalu rendah berbanding negeri lain.

“Kebanyakan masyarakat mengatakan bahawa pendermaan organ akan menyeksa mayat. Selain itu, ada juga waris tidak mahu melengahkan pengurusan jenazah sehingga pendermaan organ tidak dapat dilaksanakan.

“Perkara ini adalah satu tanggapan yang salah yang perlu kita atasi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI