fbpx

Euro 2024: Weghorst wira kemenangan Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEGHORST meledak gol kemenangan ketika Belanda mencatat kemenangan 2-1 ketika menentang Ireland awal pagi semalam. - AFP

DUBLIN – Belanda terus mengekalkan rekod kemenangan dalam tiga perlawanan pada aksi kelayakan Euro 2024 selepas berjaya menewaskan Republik Ireland 2-1 pada aksi Kumpulan B awal pagi semalam.

Pada aksi berkenaan, Belanda terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal Ireland selepas Adam Idah menyempurnakan sepakan penalti pada minit keempat perlawanan sebelum Cody Gakpo menyempurnakan sepakan yang sama kira-kira 15 minit kemudian.

Bagaimanapun, bekas penyerang pinjaman Manchester United yang beraksi bersama Hoffenheim musim ini, Wout Weghorst berjaya meledak gol kemenangan skuad The Oranje untuk mereka menghuni kedudukan tempat kedua kumpulan berkenaan.

Pengendali Belanda, Ronald Koeman memuji anak buahnya yang tampil tenang memandangkan Ireland turun dengan aksi tekanan tinggi dan mengakui perubahan taktikal yang dilakukannya pada separuh masa jadi pemisah buat kedua-dua pasukan.

Malah, Koeman juga anggap kemenangan itu adalah keputusan adil buat pasukannya selepas mereka bekerja keras sepanjang perlawanan.

“Di awal perlawanan kami bermain teruk dan kami sudah jangkakan yang Ireland akan bermain dengan corak tekanan tinggi. Kami gagal mengawal permainan, namun selepas 20 ke 25 minit, kami mula tampil lebih tenang.

“Keputusan untuk menukar sistem pada babak kedua dengan meletakkan empat pertahanan jadi keputusan bijak. Selepas itu, kami mula mengawal permainan dan mampu beri tekanan kepada Ireland,” katanya.

Belanda kini bersaing hebat dengan Greece apabila masing-masing kumpul sembilan mata namun kelebihan seakan berpihak kepada The Oranje kerana baharu bermain empat kali berbanding pencabarnya itu yang sudah beraksi lima perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI