fbpx

Eksplorasi cinta dan kasih pada busana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan yang dihasilkan bersifat timeless dan sesuai digayakan mereka yang mahu tampak ‘mahal’.

PERASAAN cinta boleh diluahkan dengan pelbagai bentuk dan cara.

Ada yang memilih untuk meluahkan perasaan itu dengan ungkapan kata-kata romantis, dan ada juga yang menterjemahkannya dalam bentuk hadiah sebagai simbolik perasaan kasih dan sayang.

Bagi pengasas sebuah jenama fesyen baharu di negara ini, perasaan cinta yang dirasakan dapat diluahkan dalam bentuk busana yang menyuntik elemen percintaan.

Jenama Lady of Leisure meraikan kuasa cinta dan kecantikan dengan mempertaruhkan koleksi sulungnya yang dinamakan sebagai Cinta.

Fabrik mewah dengan rekaan yang eksklusif menjadi signatur pada koleksi Cinta.

Pengasas Lady of Leisure, Dada Herzog Al-Attas berkata, koleksi Cinta itu mempamerkan estetika jenama tersebut dalam menghasilkan busana yang mendorong wanita untuk mengekspresikan individualiti mereka.

“Saya mahu menghasilkan satu koleksi yang menterjemahkan cinta dalam pelbagai bentuk.

“Koleksi Cinta ini merupakan satu perjalanan cinta dan kasih sayang yang bermula dari fasa perkenalan sehinggalah cinta mendalam yang menjadikan sesuatu hubungan itu berkekalan,” katanya.

Tambah Dada, perjalanannya dalam menghasilkan koleksi Cinta itu bukan hanya meraikan pelbagai fasa dalam sesebuah hubungan, tetapi juga melambangkan perkembangan hidupnya secara peribadi, sehingga berjaya mengasaskan jenamanya sendiri.

“Nenek merupakan antara individu yang memberikan impak signifikan dalam membentuk nilai-nilai murni yang ada dalam diri saya.

“Kekuatan dan kebaikan nenek diterjemahkan ke dalam koleksi ini yang bukan hanya melambangkan perasaan kasih sayang dan cinta, tetapi turut melambangkan sifat-sifat murni yang lain seperti empati dan belas kasihan,” ujarnya.

Bunga sememangnya motif yang sinonim cinta.

Mendedikasikan koleksi Cinta sepenuhnya kepada nenek, Dada berkata, Lady of Leisure berhasrat untuk menghasilkan pengalaman yang bermakna kepada pemakainya kelak.

Menurutnya Koleksi Cinta dibahagikan kepada tiga ‘bab’ iaitu Passion, Intimacy dan juga Devotion.

Bab Passion menampilkan busana yang bold dan unik serta sesuai dalam menampilkan fasa penuh tarikan dalam permulaan sesuatu hubungan.

Bab Intimacy pula menampilkan busana yang lebih menggoda bagi meraikan hubungan yang mulai rapat.

Bab Devotion pula menampilkan seleksi busana yang lebih timeless dan tidak lapuk dek zaman sebagai lambang suatu hubungan yang berkekalan.

Penggunaan fabrik mewah seperti broked dengan rekaan elegan menjadikan identiti Lady of Leisure, sesuai buat mereka yang sukakan gaya yang tampak mahal.

Kemasan labuci dan sequin yang berkilauan juga menjadikan koleksi ini tampak berbeza dan meletakkan Lady of Leisure pada kelasnya yang tersendiri.

Menurutnya, selain eksplorasi cinta koleksi tersebut juga menekankan konsep kesetiaan dalam perhubungan dengan menampilkan motif jalinan dalam rekaannya.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Instagram @ladyofleisure.

Setiap koleksi made-to-measure Cinta boleh didapati dengan membuat temu janji menerusi e-mel kepada contact@ladyofleisure.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI