fbpx

Dua lelaki warga asing didakwa seludup 11 imigran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan menyeludup 11 imigran. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Dua lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menyeludup 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua lagi yang masih hilang, bulan lalu.

Tertuduh, Sumardi, 25, dan Zulkifli, 51, bagaimanapun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, kedua tertuduh mencapai niat bersama telah menjalankan penyeludupan 11 imigran dan dalam melakukan kesalahan tersebut telah menimbulkan risiko kematian terhadap kesemua imigran berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari di kawasan perairan sempadan Malaysia-Indonesia koordinat 02’00.491 utara 102’01.221 timur dalam daerah Melaka Tengah pada 15 Ogos 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 26B(C) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim memohon agar perbicaraan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dituduh dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI