fbpx

Dewan Rakyat: Guna baki belanja pembangunan rancakkan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menggunakan segala baki belanja pembangunan yang diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi merancakkan ekonomi negara.

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, mengikut rekod Kementerian Kewangan sebanyak RM43.9 bilion telah dibelanjakan setakat Jun 2023.

“Kita sudah tiada masa. Kita kena guna segala bajet yang telah diluluskan untuk pastikan perjalanan ekonomi menjadi pemangkin kepada perbelanjaan swasta akan datang.

“Mana-mana “rolling” bajet yang telah diluluskan mestilah dilaksanakan secepat mungkin. Pembayaran mesti dibuat secara cekap dan pantas. Setiap peruntukan telah diluluskan mesti diguna pakai secara efisien dan cepat.

“Jika projek dilululuskan sebelum ini tidak memafaatkan ekonomi perlu disemak dan cari projek-projek yang boleh memberi impak berganda kepada negara,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata, kerajaan perlu juga memastikan syarikat yang memperoleh projek tersebut serta rantaian mereka membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut beliau, pembayaran cukai itu akhirnya akan kembali kepada kerajaan sebagai satu bentuk pendapatan dan pusingan tersebut akan membawa semula ekonomi negara ke landasan yang betul.

“Rancangan Malaysia setiap lima tahun penting untuk memastikan ekonomi negara terus membangun dengan didorong pelaburan dibuat kerajaan melalui perbelanjaan pembangunan yang diumumkan dalam bajet. Itu satu komponen yang sangat penting untuk dibelanjakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI