PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun hujan diramalkan hanya melibatkan beberapa tempat di negeri Johor.
“Ribut petir hanya diramal berlaku di Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Cuaca buruk tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang ini,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE