fbpx

Zoo Negara sedia terus jaga pasangan panda gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat Panda gergasi, Xing Xing di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara, hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

PETALING JAYA – Zoo Negara sentiasa bersedia untuk terus menjadi penjaga kepada ‘Giant Panda’ jika pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan program perjanjian kerjasama konservasi antarabangsa Panda Gergasi.

Presiden Malaysian Zoological Society, Datuk Sr Zaharin Md Arif berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan usaha konservasi panda yang telah dilaksanakan sejak Mei 2014

“Semuanya bergantung kepada keputusan kedua-dua kerajaan iaitu Malaysia dan China. Tugas kami hanyalah menjaga dan menguruskan binatang comel itu,” katanya kepada media pada majlis perasmian Surau Abu Hurairah di Zoo Negara hari ini.

Pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dipinjamkan selama tempoh 10 tahun 2014 bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China dan tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.

Kedua-dua pasangan gergasi itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini anak panda gergasi, Yi Yi dan Sheng Yi yang telah dihantar pulang ke China baru-baru ini, pihaknya belum mendapat laporan penuh mengenai keadaan terkini namun pihak Zoo Negara percaya mereka dijaga dengan baik.

“Kami belum dapat sebarang perkembangan penuh mengenai mereka tetapi sudah tentu mereka selamat berada di negara China. Kami sentiasa menantikan berita mengenai mereka,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi telah dihantar pulang ke China pada 29 Ogos bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI