fbpx

Terbabas dalam parit selepas balik dialisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pemeriksaan pada mangsa dalam kemalangan di Puncak Alam, hari ini.

KUALA SELANGOR – Perjalanan pulang seorang lelaki selepas menjalani dialisis berdepan detik cemas apabila terbabas ke dalam parit sedalam tiga meter di Jalan Alam Perdana – Bandar Puncak Alam, hari ini.

Mangsa berusia 51 tahun itu bagaimanapun hanya cedera di bahagian muka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mangsa yang memandu sendirian kereta jenis Proton Saga menuju ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri selepas menjalani dialisis.

“Mangsa dikatakan mengalami pening dan terus hilang kawalan sebelum terbabas dalam parit sedalam tiga meter.

“Akibat kemalangan itu lelaki berkenaan cedera di muka dan tidak tersepit berjaya
dikeluarkan oleh orang awam,” jelasnya hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI