PETALING JAYA – “Jangan risaukan saya. Tak ‘update’ sebab tak ada idea”.
Demikian permintaan pelakon Abby Abadi yang juga ibu kepada pensohor media sosial sensasi, Marissa Dania Hakim berhubung tiada sebarang hantaran dimuat naik dalam Instagramnya.
Bekas anggota kumpulan Elite itu bagaimanapun memaklumkan, dirinya dalam keadaan baik, selain memberitahu dia sekarang sedang sibuk perniagaan.
“Alhamdullillah. Semuanya okey sahaja. Saya di Melaka sekarang, uruskan JaiTech Solutions.
“Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya,” tulisnya dalam perkongsian Instagram Story, semalam.
Tampak tenang, hantaran lain yang dimuat naik turut menunjukkan fokus kamera menghala kepada beberapa individu dipercayai pekerja syarikatnya.
Terdahulu, sejak Jumaat lalu nama Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim memanas berikutan kontroversi membabitkan anak kedua mereka, Marissa Dania Hakim.
Marissa yang berusia 18 tahun didakwa seorang ibu kepada dua anak kecil sebagai orang pemusnah rumah tangganya mengakibatkan laman sosial Abby dan Norman diserang netizen.
Wanita itu turut memaklumkan sudah meminta izin daripada kedua-dua selebriti terbabit untuk menularkan kisah kecurangan berkenaan media sosial dan mengajukan laporan polis.
Begitupun, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 45, dalam perkongsian akhir di Instagram Story pada Jumaat lalu memaklumkan sedang memberi ruang kepada netizen memberi pandangan sebelum menjawab tohmahan ramai – KOSMO! ONLINE