fbpx

Ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh negara, petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di 12 buah negeri, petang ini.

Menurut hantarannya di laman Facebook, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Bagi Perak dan Kelantan, cuaca sama diramal di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dijangkakan ribut petir di beberapa tempat,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat dan hujan dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak pula, ribut petir diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI