fbpx

Kesengsaraan dunianya sudah berakhir- Suami Mek Habsah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REDA dengan kematian Habsah yang lama menderita akibat penyakit paru-paru, Rahamis bagaimapun berdepan satu kehilangan paling berat dalam hidupnya kini.

KUALA LUMPUR – “Rasa macam separuh nyawa telah pergi.”

Begitulah perasaan suami kepada penyanyi dan pelakon veteran, Allahyarham Mek Habsah iaitu Rahamis Hamid, 72, berikutan pemergian isteri tercinta.

Rahamis berkata, isterinya itu seorang seorang yang sangat tabah dalam menempuhi segala liku-liku kehidupan.

Bekas pesara polis itu turut memberitahu, selama 48 tahun hidup bersama, mereka saling melengkapi antara satu sama lain dan jarang bersengketa.

“Isteri saya suka memasak. Sepanjang 48 tahun hidup bersama, kami sentiasa berdua di mana-mana.

“Semestinya, saya sangat terkesan dengan pemergiannya. Bayangkankan hampir 50 tahun hidup bersama, kini dia berada di sisi Yang Esa.

“Saya sebak memikirkan namun pada masa sama, lega segala kesengsaraannya di dunia sudah berakhir. Tidak lama lagi mungkin masa saya pula menyusul,” katanya.

Jelas Rahamis lagi, ketika hayat Allahyarham Mek Habsah masih ada, isterinya itu selalu mengingatkan dirinya agar sentiasa menjaga pemakanan dan makan ubat mengikut waktu ditetapkan doktor.

“Saya ada masalah lemah jantung dan arwah selalu ingatkan sentiasa jaga makan dan makan ubat ikut masa.

“Dalam pada dirinya bergelut dengan masalah kesihatan, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” kongsinya dalam nada sebak.

Mek Habsah atau nama sebenanyr, Habshah Bakat, 67, menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, pada pukul 2.45 pagi tadi akibat penyakit paru-paru kronik.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI