fbpx

Jual tanah, berhutang asalkan dapat masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas ketika serbuan kes pemerdagangan manusia pada sidang akhbar di IPK Kedah semalam.

ALOR SETAR – Ramai warga Myanmar sanggup berhutang de­ngan ahli keluarga dan menggadai tanah semata-mata mahu datang ke Malaysia yang mempunyai banyak peluang pekerjaan.

Mereka hanya perlu membayar antara RM5,000 hingga RM7,000 seorang kepada sindiket sebelum diseludup melalui laluan­ darat dan laut di Kedah.

Bagaimanapun, tindakan jahat sindiket itu tumpas apabila polis menahan lima sindiket menerusi penahanan 47 migran dan 12 ahli dalam operasi di Kubang Pasu dan Langkawi sejak bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, warga Myanmar yang lama menetap di negara ini didapati menjadi dalang sindiket di Langkawi.

“Kegiatan ini sangat membimbangkan ekoran sektor pe­kerjaan yang semakin rancak dan Kedah menjadi pintu ma­suk migran melalui sempadan Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini semalam.

Menurutnya, melalui jalan laut, pihak sindiket menggunakan Langkawi sebagai tempat transit apabila migran masuk ke perairan negara melalui bot dan mendarat di pesisir pantai pulau itu di Tanjung Rhu dan Ayer Itam.

“Mereka kemudian akan dibawa ke rumah transit sebelum diseludup ke tanah besar menggunakan feri,” ujarnya.

Katanya, semua ahli sindiket mempunyai hubungan dengan ejen di Yangon, Myanmar.

“Penahanan semua suspek itu melibatkan lima operasi pada 18 Ogos hingga 7 September lalu di sempadan Bukit Kayu Hitam dan Jitra serta Terminal Feri Kuah di Langkawi,” jelasnya.

Menurutnya, kesemua migran itu berusia antara 15 hingga 50 tahun yang ditahan bersama ahli sindiket pemerdagangan berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Katanya, polis juga merampas enam kenderaan pelbagai jenis yang dipercayai digunakan ahli sindiket untuk mengangkut pendatang asing tanpa izin.

“Dalam serbuan di Jitra, polis menemui sepucuk Revolver 38 bersama enam peluru hidup dan 3,762 biji pil kuda, he­roin serta sya­bu,” katanya.

Siasatan kini dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemer­dagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6 (1) (C ) Akta Imigresen 1959/63.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI