fbpx

Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Janna Nick memberi amaran kepada suami tersayang, Dini agar tidak menggatal dengan wanita lain sepanjang ketiadaannya di tanah air.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Janna Nick memberi amaran kepada suami tersayang, Dini Schatzmann agar tidak menggatal dengan wanita lain sekiranya ingin hidup lama.

Terbang ke Tanah Suci Mekah selama dua minggu mengerjakan umrah dan menjalani penggambaran sebuah drama di sana, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, perpisahan ‘sementara’ dengan suami adalah sangat sukar buat dirinya.

“Selamat tinggal yang paling sukar. Jaga diri Dini.

“Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama okey,” coret Janna seraya berkongsi video pendek dalam Instagram.

Dini membalas dalam ruangan komen perkongsian terbabit dengan menulis: “Baby love you so much (sayang awak sangat-sangat.”

Menerusi video yang dimuat naik, Dini Azan Schatzmann, 29, dilihat menghantar isterinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Saling berpelukan antara satu sama lain, Janna yang manis bertudung dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memberi lambaian terakhir buat suami.

Ramai dalam kalangan netizen memuji kecantikan pelantun lagu Gatal itu yang menutup aurat sebagai seorang muslimah dengan sempurna.

“Janna, terus je pakai tudung hingga akhir hayat. Rezeki Allah bagi, jangan risau.

“Suka tengok Janna pakai begini (bertudung dan berjubah). Nampak lembut dan ayu,” demikian antara komen peminat.

Difahamkan, Janna ke sana bagi menjalani penggambaran drama berjudul Surat Dari Tuhan yang turut menampilkan pelakon Umi Nazeera dan Shukri Yahaya.

Terdahulu, Janna berkahwin dengan Dini pada 10 Jun 2023 dengan sekali lafaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI