fbpx

Euro 2024: England gagal jinakkan Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALKER menyelamatkan maruah England apabila meledak gol penyamaan ketika menentang Ukraine awal pagi semalam. - AFP

WROCLAW – Pengurus England, Gareth Southgate menganggap barisan pemainnya kurang persefahaman ketika seri 1-1 menentang Ukraine pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024 di Tarczynski Arena awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Ukraine yang beraksi sebagai tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Oleksandr Zinchenko pada minit ke-26, namun Kyle Walker menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Walaupun tidak gembira dengan keputusan tersebut, namun Southgate enggan terlalu mengkritik barisan pemainnya memandangkan ada sebahagian pemain masih tidak memiliki pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

“Secara realitinya, kami tidak boleh sentiasa menang berturut-turut. Bagi saya, perlawanan malam ini (semalam) boleh dianggap sebagai satu ujian kerana bermain di tempat lawan selain ada beberapa rombakan pasukan.

“Ada sesetengah pemain seperti Marc Guehi, ini adalah pengalaman pertamanya dalam perlawanan seperti ini, tetapi tidak ada masalah. Mungkin kami kurang serasi pada bahagian serangan kerana permainan agak berbeza,” katanya.

Justeru, beliau berharap skuad The Three Lions boleh menunjukkan aksi lebih baik selepas ini memandangkan mereka perlu berdepan musuh tradisi, Scotland dalam satu lagi aksi kelayakan di Hampden Park Rabu ini.

“Kami bermain dengan penuh fokus dan menguasai sepenuhnya permainan. Bagaimanapun, bahagian serangan kurang efektif memandangkan gol penyamaan yang dijaringkan adalah percubaan tepat pertama kami dalam perlawanan ini,” ujar Southgate. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI