fbpx

Dewan Rakyat: Program Subsidi Bersasar dilaksana sepenuhnya tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika sidang akhbar di Lobi Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata, kerajaan menjangkakan Program Subsidi Bersasar akan dapat dilaksana sepenuhnya bermula pada 2024.

Jelasnya, pelaksaan tersebut dijangka selepas Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

“Selepas PADU diuji dan disahkan, dengan kita mencapai sasaran maklumat isi rumah sudah berada sepenuhnya di dalam sistem, maka itu akan membolehkan kerajaan membuat keputusan bila hendak mulakan subsidi bersasar.

“Kalau kita lihat garis masa itu, PADU sudah diuji dan dibuka kepada orang ramai dalam Januari 2024. Pandangan saya, Program Subsidi Bersasar akan mula dilaksana pada 2024,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen selepas selesai pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) hari ini.

Dalam pada itu, ketika menyentuh kaedah dan mekanisme pelaksanaan katanya, sama ada ia menerusi pindahan tunai, berdasarkan pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak, semuanya akan diputuskan dari semasa ke semasa.

“Keutamaan kita sekarang maklumat sosioekonomi isi rumah kena lengkap dulu dalam PADU. Itu lebih penting berbanding kita mahu guna kad pengenalan ke, pindahan (kredit) terus ke akaun atau mahu pakai pam. Inilah fokus kita sekarang,” katanya.

Terdahulu pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI