fbpx

Dewan Rakyat: 1,200 klinik daif bakal dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara bakal dinaik taraf bagi tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurut beliau, projek itu melibatkan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang telah lama berlanjutan.

“Isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan turut menjadi keutamaan kerajaan, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu tersebut.

“Bagi menghadapi cabaran dan dampak negara menua, Kerajaan sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan, saya mengajak semua pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan menyesuaikan perancangan supaya kebijakan ini kelak dapat dilaksanakan secara holistik demi pembangunan negara yang mampan,” jelasnya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan juga jelas beliau, mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.

Tambahnya, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 sedang diperhalusi dan dijangka akan dikuatkuasakan pada tahun 2025. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI