fbpx

Berhati-hati pilih makanan, minuman – Mufti P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim.

GEORGE TOWN – Masyarakat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makanan dan minuman serta perlu cakna tentang apa yang boleh dimakan dan diminum berdasarkan hukum yang ditetapkan oleh syarak.

Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, setiap individu Muslim tidak wajar menjamah makanan atau minuman di mana-mana restoran atau premis yang tidak mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di negara ini terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Allah SWT melarang seorang Muslim meminum segala minuman yang memabukkan. Hukumnya sama dengan arak yang diharamkan menerusi nas-nas Quran dan hadis.

“Pihak berwajib hendaklah memberi penerangan tentang hukum haram ini meliputi setiap bahan yang memabukkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai video dimuat naik pengguna di TikTok menunjukkan tindakan seorang peniaga menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya menimbulkan kebimbangan pengguna muslim.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, mana-mana orang Islam yang memakan atau meminum bahan yang memabukkan akan dikenakan hukuman mengikut peruntukan sedia ada di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri.

“Saya cadangkan mana-mana premis yang menyajikan arak dan apa jua bahan yang memabukkan hendaklah memaparkan notis yang menyatakan bahawa orang Islam tidak dibenarkan memasuki premis tersebut.

“Perlu diketahui bahawa jenis tuak yang haram tidak termasuk tuak yang menjadi minuman tradisional dalam kalangan masyarakat Islam di Kelantan dan Terengganu.

“Minuman berkenaan dipanggil ‘nira’ di negeri-negeri Barat Semenanjung Malaysia. Manakala tuak yang sering diminum oleh masyarakat Dayak di Sarawak adalah haram diminum oleh penganut agama Islam,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI