fbpx

6 terbunuh, pertempuran gegar kem Palestin di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP naik ke udara selepas peluru roket mengenai sebuah bangunan Pergerakan Fatah di kem Ain al-Helweh, Lebanon semalam. – AFP

BEIRUT, Lebanon – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pertempuran di sebuah kem pelarian Palestin di selatan Lebanon, kata anggota pasukan kecemasan ketika pergaduhan memasuki hari kelima hari ini.

Keganasan tercetus lewat Khamis lalu di kemSekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pertempuran di sebuah kem pelarian Palestin di selatan Lebanon, kata anggota pasukan kecemasan ketika pergaduhan memasuki hari kelima hari ini., pinggir bandar pesisir Sidon, beberapa minggu selepas pertempuran serupa menyaksikan anggota-anggota pergerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas menentang militia Islam.

Angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya enam orang, seorang daripada mereka terbunuh hari ini, manakala lebih 60 yang lain cedera, kata pegawai Bulan Sabit Merah Palestin cawangan Lebanon Imad Hallak. 

“Mereka yang terbunuh dan cedera termasuk kedua-dua pejuang serta orang awam,” tambahnya.

Agensi berita rasmi Lebanon, NNA menyatakan, pintu masuk selatan bandar Sidon ditutup kepada lalu-lintas.

NNA melaporkan pada Sabtu lalu bahawa tiga pejuang  dan seorang penduduk awam terbunuh.

Ain al-Helweh menjadi tempat tinggal kepada lebih 54,000 pelarian berdaftar dan beribu-ribu penduduk Palestin yang menyertai mereka dari negara jiran Lebanon, Syria selepas melarikan daripada perang saudara di sana. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI