fbpx

Zulkifli terima kekalahan, terus berjuang bersama PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

JOHOR BAHRU – Calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar menerima keputusan tewas dengan majoriti 18,641 dengan hati terbuka pada percubaan pertamanya di pentas pilihan raya.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai itu berkata, kekalahan itu perit baginya, namun perjuangannya dan PN tidak akan terhenti di situ sahaja.

Walaupun tewas, Zulkifli berpuas hati kerana dia bersama jentera sudah melakukan yang sedaya mampu sepanjang 14 hari berkempen bagi mengharungi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

“Saya menerima keputusan ini, kalah atau menang itu adat pertandingan, walaubagaimanapun saya tidak akan melatah kerana perjuangan bersama PN tidak akan terhenti di sini.

“Saya berterima kasih kepada semua jentera yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen, kepada kenalan, sahabat dan penduduk parlimen Pulai.

“Saya terima keputusan ini dan berpuas hati kerana terdapat perkembangan baik berbanding sebelum ini, secara tidak langsung menggambarkan sokongan rakyat mula beralih kepada PN,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PN di Permatang Kempas, di sini malam tadi.

PRK di Parlimen Pulai menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat memenangi kerusi itu dengan majoriti 18,641 undi.

Pertandingan itu menyaksikan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memperoleh 48,283 undi mengetepikan saingan Zulkifli (29,642 undi) dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Zulkifli yang kelihatan bermesra dengan penyokong PN turut menyatakan penghargaan kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan kepadanya sebelum beredar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI