fbpx

[VIDEO] Kecewa seri dengan Malaysia, penyokong bola sepak China mahu ‘refund’ tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong bola sepak negara China kecewa dan mahu tuntut ganti rugi selepas seri 1-1, semalam.

PETALING JAYA – Ekoran kecewa dengan prestasi pasukan bola sepak negara yang kurang memuaskan, penyokong China bertegas mahu menuntut ganti rugi bagi tiket perlawanan yang dibeli mereka.

Dalam satu hantaran tular di Twitter MagMalaya, penyokong negara itu bertindak sedemikian selepas pasukan mereka yang berada di ranking ke-80 dunia, hampir lolos kepada pasukan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu.

“Pasukan rank 80 seri dengan Malaysia semalam, penonton minta ‘refund’ (bayaran balik) tiket stadium,” ciapnya.

Tambahnya, penyokong China tidak berpuas hati kerana harga tiket mencecah RM200 itu juga dianggap mahal selain pasukan yang diturunkan pada perlawanan tersebut adalah antara pemain terbaik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tercuit dengan telatah penyokong pasukan bola sepak tersebut, malah ada juga yang kagum dengan prestasi Harimau Malaya.

“Itu baru seri. Kalau mereka (China) kalah semalam, mahu ramai mogok masuk padang,” kata Zaim.

“Dia ingat Malaysia ini ‘cikai’ ke? Dulu tahun 2007, bolehlah, sekarang tidak bro,” komen seorang lagi pengguna.

“Ingat apa, Harimau Malaya dah ‘power’ lah,” kata Wan.

Semalam, Harimau Malaya yang berada di ranking ke-136 dunia mencipta kejutan apabila terlebih dahulu berada di hadpaan hasil jaringan Faisal Halim pada minit ke-11 selepas menerima hantaran Akhyar Rashid.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan antarabangsa sepanjang tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI