fbpx

TPM arah henti segera beri permit import kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Penutup Program Queenpreneur Baker di Dewan Sanmarka Orang India di Hutan Melintang di Bagan Datuk, hari ini.

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pemberian permit import atau AP kelapa dihentikan dengan segera bagi menjaga harga dan penghasilan kelapa tempatan.

Ahmad Zahid ketika ditanya mengenai isu lambakan buah itu di daerah ini yang tidak terjual akibat kemasukan kelapa import dari Indonesia pada harga lebih murah berkata, beliau akan meminta supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berbuat demikian, dengan segera.

“Saya akan minta supaya Menteri KPKM untuk memberhentikan segera pemberian AP atau permit import kelapa demi menjaga harga dan penghasilan kelapa di negara ini,” katanya ketika hadir di Penutup Program Queenpreneur Baker, di Dewan Sanmarka Orang India di Hutan Melintang, di sini hari ini.

Ditanya mengenai cadangan penubuhan Lembaga Kelapa Malaysia untuk menggalakkan penanaman  kelapa lebih meluas dan bagi mengurangkan import buah tersebut, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak perlu.

“Tak payah (penubuhan Lembaga Kelapa Malaysia), saya sudah suruh menteri pertanian ‘stop’ (berhenti),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kesukaran pekebun dan peraih kelapa di Bagan Datuk untuk memasarkan kelapa berikutan harganya yang rendah disebabkan kemasukan buah itu dari Indonesia.

Bahkan, peraih dan pengusaha kelapa di sini mendakwa kini terdapat lebih 300,000 biji kelapa yang tidak terjual di daerah ini.

Masalah itu dialami sejak tiga bulan lalu menyebabkan kelapa yang tidak terjual kini sudah bercambah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI