fbpx

Tiga sahabat maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal dinaiki mangsa dan kereta yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Besar Felda Jengka 17 di Maran semalam.

MARAN – Tiga sahabat yang dalam perjalanan pulang selepas menikmati juadah ikan patin maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Besar Felda Jengka 17 di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Fadhil Syah Sulaiman,19, Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, dan Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Pusat Jengka menghala ke Temerloh.

“Apabila tiba di lokasi kejadian pemandu kereta dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat kemalangan ketiga-tiga penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian belakang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang berusia 51 tahun dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan adalah kering dan cuaca baik.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI